Ebit Lew sumbang dua lori air untuk penduduk Batu Caves

KUALA LUMPUR: Pendakwah yang terkenal kerana sikapnya gemar membantu orang ramai, Ebit Lew tidak ketinggalan berasa terkesan dengan kesulitan golongan yang keputusan bekalan air.

Atas dasar tanggungjawab dan keprihatinannya, Ebit berusaha menyalurkan bantuan air kepada orang ramai yang menetap di Batu Caves, Selangor.

Ebit yang juga seorang usahawa telah membekalkan dua lori besar air untuk diagihkan.



Dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya, Ebit berkongsi cerita bagaimana sayu hatinya melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor khususnya.

“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai Subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves,” tulis Ebit di akaun Instagram beliau yang mempunyai 3.8 juta pengikut itu.



Kata Ebit lagi, masalah keputusan bekalan air bukan muda untuk diharungi apa lagi bagi golongan yang tidak berupaya atau mereka yang kudratnya tidak mengizinkan.



“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di”luar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua,” ujar Ebit.



Dalam masa sama, Ebit meminta orang ramai agar semua orang mendoakan usahanya dipermudahkan memandangkan bekalan air juga harus disalurkan ke premis-premis lain yang turut memerlukan seperti pusat dialisis dan klinik.

Penduduk di Selangor sekali lagi mengalami masalah bekalan air melibatkan 1,292 kawasan ekoran insiden pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Gangguan berkenaan melibatkan pengguna di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/ Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Sumber – Astro Awani –



CLICK GAMBAR UNTUK WHATSAPP!