Ebit Lew ‘redah’ Baling,Kedah pula, adakah beliau dihalau?

Selepas diberi kebenaran oleh polis untuk terus turun padang menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan, Ebit Liew meneruskan amal jariahnya.

Menerusi akaun Facebooknya, beliau hari ini berada di Baling, Kedah untuk membantu sekeluarga yang tinggal di dalam sebuah pondok kecil yang jauh di pedalaman.

Ebit melahirkan rasa kebimbangan dan sedihnya melihat keadaan suami isteri beserta empat orang anak yang berteduh di dalam kemah kecil dan hidup serba kekurangan.



Ebit turut berkongsikan perasaannya yang gundah gulana sejak dua hari yang lalu mengetahui ada keluarga yang memerlukan bantuan.

“Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Dalam pondok atau khemah. Sedihnya. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Kena jalan kaki. Banyak nyamuk. Tandas tiada air. Air hujan jer. Setahun macam manalah yer anak baik tinggal disini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya,” tulis beliau.

Meskipun Ebit difahamkan bahawa wakil ketua masyarakat sekitar telah melawat dan menghulur bantuan kepada keluarga tersebut dan memberi jaminan akan memberikan rumah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun Ebit nekad mencarikan rumah sewa kepada enam beranak itu segera sebagai untuk mereka berlindung buat sementara waktu.

“Alhamdulillah. Terima kaseh yb dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam.



Seperti dilapor oleh Malaysia Gazette [click]

Sementara itu pergerakan terkini Ustaz Ebit turut mendapat perhatian daripada Datuk Seri Azeez Rahim yang merupakan Ahli Parlimen kawasan Baling.

“Alhamdulillah…. Ahlan Wa Sahlan Ebit Lew, terima kasih kerana bersama2 prihatin pada rakyat Baling. Semoga kita dapat bersama-sama bantu keluarga ini” Kata Azeez Rahim di ruang komen Facebook Ebit Lew.

“Bumi Allah bukan milik sesiapa, milik Allah untuk kita tinggal sementara. Jika kita sesama islam tidak saling menyokong malahan saling mendabik dada membangga diri, bagaimana mungkin nasib islam terbela. Saya bersama2 ustaz Ebit Lew, insyaallah” Tambah Azeez yang juga mengatakan beliau adalah peminat Ustaz Ebit.

Turut menarik perhatian apabila Pejabat Zakat Daerah Baling turut meninggalkan komen di situ dengan menyatakan “Alhamdulilah. Syukur kepada Allah kerana hadirkan Ustaz Ebit Lew ke daerah Baling terutama dalam membantu keluarga ini. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Insyallah”

Posting Facebook Ustaz Ebit turut mendapat perhatian ramai netizen yang majoritinya menyokong agar beliau teruskan kerja-kerja amal.

Salam seorang pengikutnya membuat bandingan situasi Ustaz Ebit di Baling lebih tenang kerana dialu-alukan oleh pemimpin kawasan tersebut.

“Cuma kali ni agak berbeza sedikit..Kali ini beliau tidak dimarah sebab datang tanpa beritahu pegawai wakil rakyat tidak dicaci tidak dimaki kononnya akan jatuhkan maruah pemimpin politik di situ..Berbeza sungguh sikap pemimpin UMNO dan pemimpin sekutu DAP kan?” Kata Facebook Zapa Abdul Rahim

“Saya tak berniat nak jadikan ini isu politik, tapi itu lah hakikatnya, dan nak kawan kawan nilai sendiri.
Semoga Allah permudah dan rahmati Ustaz Ebit Lew..” – Katanya lagi.



(Visited 99 times, 1 visits today)