Dr Zulkifli sah positif Covid-19, jalani rawatan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengesahkan beliau positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan.

Dr Zulkifli dalam hantaran di laman Facebook berkata, sehingga kini keadaan kesihatannya baik.



“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” katanya.- MalaysiaGazette



(Visited 63 times, 1 visits today)