Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 93

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 94

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 104

Direman kerana cuba rasuah polis

SEREMBAN: Dua lelaki Rohingya direman lima hari sehingga Sabtu ini, bagi membantu siasatan berhubung kes cuba memberi suapan berjumlah RM85 kepada anggota polis.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Mas Azmimin Ahmad, selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Khairi Abdul Karim.

Kedua-dua lelaki berusia 22 dan 26 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Semalam, suspek yang memegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu ditahan polis ketika menaiki motosikal di Taman Jujur, Sikamat.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, suspek didapati menunggang motosikal tanpa lesen dan perlu diambil tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, suspek menawar dan memberikan wang berjumlah RM85 kepada anggota polis sebagai suapan untuk tidak diambil tindakan.

Polis kemudian menahan kedua-dua suspek dan menyerahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

– BERITA HARIAN –

(Visited 105 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *