DBKL sita semua barangan penjaja warga asing

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita pelbagai barangan milik penjaja warga asing yang diletakkan di tempat awam di Pusat Bandar Utara berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur dan Taman Batu View di sini.

DBKL menerusi hantaran di Facebook, memaklumkan operasi Tindakan Khas Pindah Halangan (Sitaan) itu dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Batu.


Katanya, melalui tindakan khas yang dijalankan itu, DBKL membuat 10 tindakan dan pindah barangan atau peralatan yang diletakkan di tempat awam terhadap penjaja warga asing.

“Mereka dikesan melakukan kesalahan mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

PROMO! RM16.38 JE. (CLICK GAMBAR)

“Antara barangan yang disita adalah payung lipat, sayur-sayuran, ikan, ayam hidup dan lain-lain,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, semua barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKLJalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

– Berita Harian –


(Visited 277 times, 1 visits today)