DAN TUHAN MEMBUKA HIJAB

Apabila DS Najib Razak tumbang pada 9 Mei, saya sepertimana sebahagian rakyat yang lain berharap akan ada kisah-kisah buruknya yang dapat dibuktikan oleh kerajaan sedia ada.

Tetapi setelah hampir setahun, ceritanya terbalik. Kisah kisah duit yang ditransaksi bagi kepentingan diri langsung belum ada asas bukti.

Yang didedah di mahkamah kebanyakannya duit yang diberikan bagi membantu pendidikan keluarga balu, pembaikian bekalan air bagi imarah pelajar tahfiz dan penyaluran dana yayasan bagi kebajikan rakyat.

 

Mana transaksi duit negara yang diguna bagi pembelian berlian pink, beg Birkin dan jam Hublot Big Bang? Mana RM1 bilion tunai dan barang berharga yang dirampas dahulu kononnya hasil rompakan perbendaharaan negara?

Malah dalam mahkamah juga dibuktikan bagaimana beliau dan keluarga sebenarnya tidak begitu kerap tinggal di istana ratusan juta Seri Perdana Putrajaya.

Sebaliknya lebih banyak hidup berkeluarga di kediaman peribadinya di Langgak Duta. Ini apa? Beliau sebenarnya diktator jenis apa?

ECRL yang dinista sebagai projek mahal yang membayar hutang 1MDB, rupanya berharga sebegitu kerana kerasnya tekad beliau untuk menyeimbangkan ekonomi antara dua kawasan Timur-Barat di Semenanjung Malaysia.

Tun Razak Exchange yang dikata sebagai bukti beliau menjarah negara akhirnya diiktiraf sebagai antara aset terbaik kita oleh kerajaan semasa.

Bandar Malaysia yang dikatakan menggadai pertahanan negara kerana didirikan di atas tanah asal Airport Sungai Besi akhirnya diteruskan kerajaan baru dan diakui sebagai projek yang akan menjana ekonomi dan menggerakkan pelaburan dari pelusuk dunia.

 

Kawasan Perindustrian Kuantan China-Malaysia (MCKIP) seluas 3000 ekar yang dikatakan bukti beliau menjual tanah ibunda, rupa-rupanya dibalas dengan 7,400 ekar tanah industri di Qinzhou (CMQIP) oleh kerajaan China. Sehinggakan pelaburan di sana pada awal 2017 sahaja mencecah USD5 bilion dan menghasilkan manfaat ekonomi besar buat negara.

Kita mengharapkan kejahatan beliau dibongkar, tetapi Tuhan menetapkan bagaimana satu demi satu hijab kebaikannya dibuka.

Jadi yang gigih menyebar dan berdondang tentang penyelewangannya dahulukala, bagaimana sebenarnya kalian masih mampu tidur malam dengan lena?

Kredit: Abdul Rahim Hilmi Zakariya



#FitnahSudahMenang
#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation
#KerajaanSepenggal