DAH KENA CEKUP BALIK

Seremban: Tahanan lelaki yang lolos dari lokap Kompleks Mahkamah Seremban, pada 10 Mac lalu, sudah ditahan semula.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata lelaki 29 tahun terbabit ditahan di Taman Bukit Kelisa, di sini, pada 9.15 malam.

“Siasatan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban mengesan suspek bersembunyi di rumah, melakukan serbuan dan menahannya.

‚ÄúSuspek ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, suspek melarikan diri dari lokap berkenaan dan disedari hilang oleh anggota pengiring ketika mahu membawa suspek ke penjara, pada kira-kira 10 pagi, 10 Mac lalu.

Suspek dibawa ke mahkamah itu untuk tahanan reman atas kesalahan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan samun.

Sumber Facebook – Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

Leave a Reply

Your email address will not be published.