Cucu Dr M terkedu TMJ tanya bagaimana keluarga jadi kaya

Cyberjaya – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas cucu kepada Tun Dr Mahathir yang mempersoalkan harta milik Kesultanan Johor.

Tunku Ismail ketika membalas ciapan Melia Serena Mukhriz di Twitter berkata kekayaan Sultan Johor bermula seawal tahun 1885 lagi iaitu sebelum Mahathir dilahirkan.



“Alhamdulillah, berkat berniaga sejak 1885, kami dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah. Malah hadiahkan kerajaan British sebuah pesawat sebelum datuk kamu lahir lagi.

“Sekarang boleh saya tahu bagaimana keluarga anda menjadi begitu kaya? Hanya ingin bertanya kerana saya juga mengimpikan menjadi seorang yang kaya raya seperti keluarga anda. Saya berharap mereka sudi mengajarkan saya,” bidas Tunku Ismail secara sinis.

Tunku Ismail turut memuatnaik beberapa keping gambar bagi membuktikan kenyataannya itu.



Terdahulu Serena dilihat cuba menyindir Tunku Ismail melalui ciapannya.

“Dari mana anda (Tunku) mendapat duit boss? soal Serena ringkas.

Untuk rekod Majalah bisnes Forbes Asia menyenaraikan salah seorang anak Mahathir adalah antara 8 orang Melayu terkaya di Malaysia dengan jumlah harta sebanyak USD308 juta untuk tahun 2020.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul pada Jun lalu mendakwa kekayaan anak-anak Mahathir berjumlah berbilion. – SuaraTV