Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

COVID-19: Video abang polis tarik hati Mohd Asri [VIDEO]

KANGAR: Rakaman anggota polis menasihati sekumpulan kanak-kanak sedang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tular sejak pagi tadi meruntun perasaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mohd Asri berkata, anggota terbabit sudah menjalankan tugasnya dengan baik sewaktu memberi amaran kepada kanak-kanak berkenaan.



Katanya, tindakannya itu dilihat sebagai satu tanggungjawab yang murni memandangkan semua mereka masih kecil dan belum matang selain keadaan mereka yang bersederhana ketika melanggar PKP.

“Itu semua demi kebaikan mereka juga dan pada masa yang sama beliau (anggota) memenuhi nilai insani yang tinggi dengan membeli jualan anak terbabit.

“Saya percaya beliau tidak memerlukannya tapi hanya sebagai tanda kasih dan simpati, terasa sebak apabila melihat sikapnya yang mulia itu. Marilah kita doakan Allah memberikan beliau rezeki yang luas,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.



Mohd Asri berkata, melalui rakaman itu beliau percaya kanak-kanak terbabit tidak menjalani kehidupan yang dikecapi oleh kanak-kanak moden yang lain.

“Kita lihat tersangat sederhana kehidupan yang mereka sedang lalui dengan tanpa kasut di kaki dan pakaian yang amat biasa.

“Mungkin mereka tiada hiburan seperti kebanyakan anak-anak kita dan alam adalah kehidupan mereka.

“Saya percaya Allah memberikan kegembiraan dunia kanak-kanak mereka melebihi sebahagian besar anak-anak orang di bandar dan kegembiraan itu boleh hadir dalam pelbagai rupa,” katanya.



Beliau berkata, peristiwa terbabit bakal menjadi kenangan kepada kanak-kanak berkenaan dan beliau berdoa agar kesemua mereka dikurniakan masa hadapan yang baik.

Terdahulu tular satu rakaman di media sosial berdurasi 2 minit 44 saat menunjukkan sekumpulan kanak-kanak merayu kepada pihak berkuasa agar diberikan peluang kerana mengingkari PKP.

Pada rakaman itu, salah seorang daripada kanak-kanak terbabit dilihat menjual sebakul makanan ringan sebelum semuanya dibeli oleh anggota keselamatan berkenaan sebagai tanda belas.

– BERITA HARIAN –

TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>>



(Visited 129 times, 1 visits today)