KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyarankan agar langkah mencegah penularan virus Covid-19 perlu lebih menyeluruh dan tidak hanya disensasikan dengan isu berkait Jemaah Tabligh di Sri Petaling baru-baru ini.
Ketuanya, Zahida Zarik Khan berkata, Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengeluarkan arahan menutup pusat-pusat hiburan daripada dikunjungi kerana ia akan juga menjadi risiko penyebaran covid-19 ini.
“Dalam masa yang sama saya rasa amat kecewa apabila kumpulan dakwah Islam ini dilabel seperti penyebar terbesar covid-19 dalam negara, ini adalah persepsi yang mesti dihentikan segera.
Justeru itu kami menyokong penuh sekiranya perlu mengeluarkan perintah berkurung kepada orang ramai sehingga situasi menjadi reda seperti sedia kala,” ujarnya dalam satu kenyataan.
https://malaysianview.comzzz