Pelantikan ahli parlimen Tenggara, Dr. Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan mendapat reaksi positif di kalangan netizen.
Ramai berpandangan Dr. Adham Baba pilihan terbaik bagi menerajui Kementerian Kesihatan berdasarkan pengalamannya sebagai doktor perubatan dan ketika negara berdepan wabak Covid-19.
“Saya pernah nampak eksiden, dia (Dr. Adham) berhenti direct, dan turun bantu, jenis humble tak sombong, style orang kampung”, menurut Wudin776.
Sementara itu, Qaisara Afiqah menyambut baik kerana Dr. Adham Baba sememangnya dikenali sebagai orang yang buat kerja.
“Perfomance Dr. Adham ini ok sejak jadi Adun Pasir Raja lagi. Jenis buat kerja dan rajin turun padang. Rakyat Malaysia memberi keyakinan kepada you Doc. All the best Doc..”, katanya melalui Instagram.
Dr. Adham Baba berkelulusan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, Universiti Malaya berpengalaman sebagai pegawai perubatan sejak tahun 1988.
Selain itu, Dr. Adham Baba juga pernah menjadi Pengerusi UniKL Medical bermula tahun 2015 sehingga 2010.
Berdasarkan rekod semalam, jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia mencatatkan 18 kes baru dan menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 117 kes termasuk dua kes masih berada di Unit Rawatan Rapi.
Setelah rakyat kecewa melihat prestasi menteri terdahulu. Dr. Adham Baba menggalas tugas getir menanggani virus Covid-19.
Selamat menjalankan tugas dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia buat Dr. Adham Baba.
#MOH
TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>