MANILA: Filipina mengumumkan kematian pertama kes coronavirus di negara itu, membabitkan seorang lelaki berasal dari Wuhan, China.
Jabatan Kesihatan berkata, terdapat dua kes positif jangkitan itu di Filipina setakat ini, termasuk lelaki China berusia 44 tahun yang meninggal dunia semalam.
Menurut jabatan berkenaan, lelaki itu mengalami pneumonia selepas dirawat di hospital. – REUTERS
(Visited 23 times, 1 visits today)