Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Cikgu-cikgu merajuk “Lepas ni Tak Payah Rotan dah” [VIDEO]

Oleh Editor Isu Viral Dot Net –

SIMPATI! Itulah dilema bagi warga pendidik dizaman moden ini apabila apa sahaja yang mereka lakukan belum tentu akan memihak kepada mereka walaupun tindakan ke atas pelajar perlu dibuat pada ketika itu dengan niat memberi tunjuk ajar dan pengajaran.

Tempoh hari media sosial dipenuhi dengan cerita tentang seorang guru lelaki merotan seorang pelajar perempuan yang didakwa menggelar guru tersebut dengan panggilan ‘Ah Kua’ satu perkataan yang bermaksud ‘Pondan’.



Ia menjadi topik panas selepas sebuah video berdurasi 2minit 23saat menjadi viral di semua platform media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Twitter dan IG.

Susulan daripada kejadian itu pihak keluarga dan pelajar perempuan berkenaan membuat laporan Polis dan Kes guru rotan pelajar dalam siasatan polis [VIDEO] .

Pengarah JPN Johor, Azman Adnan berkata, kejadian itu masih dalam siasatan polis kerana pelajar dan penjaga telah membuat laporan polis.

“Kejadian dilaporkan benar berlaku di Johor Bahru dan setakat ini polis masih menyiasat kejadian ini.

“Pelajar dan penjaga membuat laporan polis berhubung kejadian ini,” seperti dilapor media pada Selasa.



Kemudian dilaporkan Ibu pelajar tarik balik laporan polis pada keesokkan harinya 26 Jun 2019 atas sebab-sebab tertentu.

Polis Johor mengesahkan ibu kepada pelajar perempuan yang dirotan oleh gurunya baru-baru ini, telah menarik balik laporan polis dibuat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, walaupun penjaga pelajar terbabit berbuat sedemikian, pihaknya tetap meneruskan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Berkaitan dengan kes rotan yang mana seorang pelajar kena pukul dengan guru dia, repot memang sudah dibuat. Kita siasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, ibu kepada pelajar tersebut telah mengambil keputusan untuk menarik balik repot. Mungkin dia ada perbincangan kata Ketua Polis Johor.



Dikala para guru mengharapkan pembelaan daripada Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan, mereka dikecewakan dengan kenyataan Teo Nie Ching Timbalan Menteri apabila berkata “Guru tidak sepatutnya rotan pelajar perempuan”.

“Hukuman rotan adalah tidak dibenarkan untuk murid perempuan dan hukuman kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian di bawah kuasa guru besar,” katanya seperti dilapor Astro AWANI pada Selasa.

Sentimen dimedia sosial pula rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Menteri yang seolah-olah mahu mempertahankan tindakan keluarga pelajar dalam kes tersebut.

Netizen dilihat lebih memihak kepada warga pendidik kerana pada mereka tindakan guru lelaki itu wajar sebagai pengajaran kepada pelajar yang ‘tidak tahu adab’ dan tidak hormat kepada cikgu mereka sendiri.

Ia bertambah menarik selepas Viral pula satu drama pendek [Video dibawah] yang membawa mesej sinis ‘Semuanya salah Cikgu’.

Drama pendek berdurasi 4minit 38saat terbitan HAS Production itu menarik minat netizen kerana skrip dan storyboard-nya sangat kena dengan situasi semasa.



Video drama pendek berkenaan dilaporkan diterbitkan pada 2018 dan di-ulangsiar oleh laman Facebook Kami Sokong PDRM pada 6:18pm (Rabu) kini sudah pun mendapat 6000 Like, 780 comment, 10,000 Share dan sudah ditonton lebih setengah juta tontonan.

TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>>



(Visited 634 times, 1 visits today)