CARI TITIK PERSAMAAN, JANGAN POLITIKKAN BANTUAN EBIT LEW

Terkenal dengan sifat pemurahnya, nama Ustaz Ebit Lew kini mula menjadi perhatian kembali apabila usahanya menyalurkan bantuan percuma ke pihak Penjara Pokok Sena, Kedah dikagumi ramai.

Menerusi sebuah posting yang diamuat naik Ebit di laman Instagramnya, beliau tampil mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat rasmi dari Penjara Pokok Sena, Kedah yang meminta bantuan untuk mangsa Covid-19 yang dikuarantin.

Menggunakan kudrat yang ada sebaik mungkin, beliau dikatakan terus bergegas membeli segala barang keperluan serta menguruskan lori untuk menghantar semua barang ke sana dengan segera.



Dalam masa itu, Ebit juga tidak ketinggalan mendoakan kesejahteraan semua pihak dan berharap agar mangsa Covid-19 diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.

Namun dalam kebaikan yang dilakukan oleh beliau, ada pula pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan memanipulasi dan jadikan kerja amal Ustaz Ebit sebagai isu politik.

Ada yang mempertikaikan di mana peranan Kementerian Dalam Negeri, ada juga yang mempersoalkan di mana Menteri Dalam Negeri ketika warga Penjara Pokok Sena memerlukan bantuan.

Ekoran daripada itu pihak Jabatan Penjara Malaysia menjelaskan bahawa ini adalah amalan dan kerjasama biasa dijalin antara pihak Jabatan bersama NGO, atau individu persendirian yang tampil membantu bagi tujuan tersebut.



Pihak Penjara turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ustaz Ebit Lew yang tampil membantu dan memberikan sumbangan kepada pihak Penjara atas semangat kesukarelaan.

Penghargaan dan ucapan terima kasih turut di zahirkan oleh Kementerian Dalam Negeri melalui Saudara Sayed Amir Muzzakkir Setiausaha Politik Kepada Menteri Dalam Negeri.

Terima kasih Ustaz Ebit Lew!!!!

Kerjasama antara Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sentiasa dialu-alukan mengikut…

Posted by Sayed Amir Muzzakkir – S.A on Friday, 9 October 2020

“Kerjasama antara Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sentiasa dialu-alukan mengikut saluran yang betul.
Dalam situasi negara berhadapan dengan Pandemik Covid-19, sebarang usaha dan pertolongan dari seluruh pihak amatlah penting dan dihargai”

Namun ruang bantuan dan kerjasama yang dilakukan tidak bermakna Kerajaan tidak mampu dan mengabaikan tanggungjawab sendiri, tetapi lebih kepada mencari titik usahasama antara kerajaan dan rakyat untuk memerangi wabak Covid-19 di negara tercinta ini katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.



(Visited 248 times, 1 visits today)