‘Cara Terbaik Isteri Pertama Tak Marah, Tunggu Dia Mati’ – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hukum suami kahwin nombor dua tanpa pengetahuan isteri yang pertama di media sosial.

Perkahwinan kena gembira bukan sedih

Menjawab secara umum, Ustaz Azhar atau lebih mesra disapa UAI menyatakan dari segi hukum perkahwinan itu sah. Namun katanya, tindakan menyembunyikan perkara itu daripada isteri pertama salah sama sekali.

Hukumnya sah tetapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini adalah bergembira, bukan bersedih. Maka kita ada isteri pertama, kita kahwin yang kedua bermakna dari dua orang menjadi tiga.


Biar tiga-tiga gembira tu kaedah dia. Bukan yang kedua saja suka tetapi yang pertama menangis. Jadi minta izin dia.

Minta izin, saya nak berkahwin seorang lagi. Inilah orangnya (sambil tunjuk gambar), awak berkenan atau tidak. Dia cakap tak suka, okey cari lain sampai mendapat restu dari isteri pertama.

Selagi marah jangan kahwin

Dalam pada itu, UAI mengingatkan golongan suami untuk menghargai pengorbanan isteri pertama yang sangat besar jasanya sepanjang tempoh perkahwinan.

Jangan sembunyi-sembunyi. Kalau isteri tipu, kita marah tak? Sama jugalah dengan konsep kahwin tanpa pengetahuan isteri.

Dia masih ingat kita tak beri dia ‘madu’. Betul tak? Jadi, isteri rasa tertipu. Jangan sebab jasa isteri sangat besar dengan kita (suami).

Isteri pertama sanggup berpisah dengan ibu bapa untuk ikut kita. Betul atau tidak? Isteri pertama sanggup tinggal kampung halaman tempat dia dilahirkan untuk ikut kita? Maka besar tak budi dia?

Buat apa tipu dia? Nak nikah boleh tapi biar khabar. Kalau khabar dia marah ustaz. Biar dia nak marah, lagi marah jangan nikah. Cara terbaik yang dia tak marah tunggu dia mati (ketawa).

Kredit – Oh Bulan

TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>>


(Visited 444 times, 1 visits today)