Calon SPM ragut wanita dicekup


Shah Alam: Remaja lelaki yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan polis selepas terjatuh dilanggar wanita yang diragutnya, di Seksyen 30, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun yang menunggang motosikal terkejut apabila beg yang diletakkan di dalam raga motosikal diragut dua lelaki yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, berang dengan tindakan suspek, mangsa kemudian melanggar motosikal suspek selepas mengejarnya kira-kira 100 meter.

Beliau berkata, kedua-dua suspek terjatuh dan seorang daripada mereka yang berusia 17 tahun ditahan orang ramai yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian manakala seorang lagi melarikan diri.

“Suspek kemudiannya diserahkan kepada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang dimaklumkan kejadian dan semakan mendapati motosikal Yamaha Legenda yang digunakan mereka dilaporkan hilang di Seri Muda, Seksyen 25, Isnin lalu.

ANGGOTA polis memeriksa motosikal diguna suspek. FOTO ihsan polis – See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96261#sthash.613CNtzE.dpuf

ANGGOTA polis memeriksa motosikal diguna suspek. FOTO ihsan polis

ANGGOTA polis memeriksa motosikal diguna suspek. FOTO ihsan polis – See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96261#sthash.613CNtzE.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.