Bukan calang-calang rupanya otai jurubahasa isyarat ini

PASTINYA, wajah ini sering dinantikan di kaca televisyen. Kelincahan tangan Tan Lee Bee membentuk tanda bahasa isyarat itu amat dikagumi.

Kemunculannya lebih menjadi perhatian sejak tempoh kawalan pergerakan (PKP) apabila acap kali mengiringi ucapan utama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ucapan santai PM yang mengambil contoh Makcik Kiah pun jurubahasa isyarat televisyen milik kerajaan itu menterjemah semudah mungkin untuk difahami golongan bisu dan pekak.

jurubahasa isyarat

Gerak tangannya tak ubah seperti sedang main tiktok tetapi sebenarnya bukan ya? Bekas guru itu sedaya upaya memberi pemahaman kepada penonton OKU seluruh negara.

Dengan mimik muka dan kelajuan tangan seiring ucapan, bukan mudah sebenarnya nak ikut sebijik-bijik namun wanita ini mampu lakukannya.



Hanya bermula dengan sebuah program bual bicara, bekas graduan Universiti Tennessee, Amerika Syarikat terus berkhidmat di RTM sejak 1986. Ya! Bukan calang-calang orangnya.

Namun apa yang menyedihkan, sejak kebelakangan ini netizen agak keterlaluan apabila mempersendakan mimik muka wanita itu dalam media sosial.

Gambar bekas guru Sekolah Kanak-Kanak Pekak, Selangor itu viral apabila membuat penterjemahan ketika ucapan PM tak boleh rentas negeri untuk pulang beraya di kampung.

Perkongsian seorang guru, Mohd Fadhli Salleh yang kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sewenang-wenangnya mempersendakan gambar yang boleh menjatuhkan maruah.

jurubahasa isyarat

“Alangkah teruknya kita mentertawa usaha beliau menyampaikan mesej kepada golongan istimewa.

“Kawan, usah lagi persendakan benda begini. Sekali imbas, ia memang kelakar. Namun sebenarnya tidak. Ia menjatuhkan maruah, memalukan bahkan satu penghinaan,” tulisnya.

Rata-rata warganet turut kesal dengan viral itu dan menganggap mimik muka melucukan itu tidak kelakar.

“Ini tak kelakar ok…setiap kali berita, saya tak tumpu pada pembaca berita, tetapi saya tumpu pada yang membuat bahasa isyarat ini.

jurubahasa isyarat

 

“Dalam sehari hari kita menonton berita, kita boleh mempelajari serba sedikit bahasa isyarat yang disampaikan…satu ilmu berguna sebenarnya untuk kita,” tulisnya dalam ruangan komen.

Ada banyak komen lagi yang menyifatkan ekspresi wajah amat penting untuk menyampaikan mesej kepada golongan kelainan upaya bahkan mereka mahu perkongsian gambar itu wajar dihentikan.

jurubahasa isyarat

 

Sumber – sinarplus.sinarharian.com.my