BUBAR STAFOC, INI PANDANGAN PERIBADI PEGAWAI KANAN PDRM

Salam semua..

1. Saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit kata dalam isu ini. Apatah lagi saya memang berada dalam jabatan yg berkenaan. Untuk makluman, SAK merupakan sahabat saya dan kami saling mengenali sejak sama sama menuntut di Uitm dahulu. Dia tahu saya dan saya tahu dia. Izinkan saya sahabat untuk berbeza pendapat sedikit mengenai pembubaran STAFOC/STAGG ini.

2.Terlebih dahulu saya ingin mememetik peribahasa Melayu yg mungkin dapat memberikan lebih pecernaan dalam isu ini, ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’, dan ‘hanya jauhari yg mengenal manikam.’



3. Jadi isu ‘TOO MANY COOKS SPOIL THE SOUP’ sebenarnya tidak relevan. Masalahnya, ‘THERE ARE NOT MANY COOKS’

4. Tuntutan tugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah adalah tinggi, apatah lagi sekiranya tugas taktikal yg pastinya memerlukan personel terlatih bukan sahaja dari sudut serbuan dan tangkapan, malah daripada sudut risikan dan perundangan juga perlu di ambil kira bagi memastikan kejayaan sesuatu operasi. Kita boleh ambil contoh Ops Cantas yg telah melaksanakan prosedur SOSMA suatu masa dahulu. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan, pasti tahu kejayaan- kejayaan yg dicapai dan saya yakin masyarakat menyukai dan kami berbangga melaksanakannya.

5. Proses perlaksanaan sesuatu operasi kadang kadang memerlukan keputusan segera. Mudah dan cepat jika STAFOC/STAGG yang berada dibawah bumbung sama untuk dipanggil bekerja dengan satu kepala dan bahasa yang sama, daripada terpaksa melaung ke Bukit Aman memanggil VAT69 atau UTK yg sudah tentunya mempunyai pelbagai prosedur dan tuntutan tugas mereka yang lain. Oleh itu lebih efisyen sekiranya team yang sebegini dimiliki dan ditadbirkan oleh jabatan yang berkenaan



6. Dikhabarkan juga STAFOC/STAGG telah mengambil alih tugas dan tanggungjawab JSJ Kontinjen. Beginilah, kami bekerja dibawah lambang yang sama. Wujudnya satu entiti yg sama fungsi bukan untuk menjahanamkan tetapi adalah untuk menguatkan. STAFOC/STAGG bukannya wujud sekelip mata macam cerita 1001 malam. Terlalu banyak proses rundingan dan perdebatan serta justifikasi yang telah dibentangkan bagi menzahirkan pasukan ini. Oleh itu kena betulkan cara ramuan ramuan ini digaul, barulah terhasil aroma yg sedap dan indah. Bila emosi dan iri jadi taruhan, maka hilanglah kesatuan. Bak kata pepatah moden yang sering viral di instagram, ‘Benda boleh runding, buat apa kasi pecah’.

7. Sebenarnya banyak lagi justifikasi keperluan STAFOC/STAGG yg boleh diutarakan. Namun bagi kami, arahan tetap arahan. Kesetian kami kepada pucuk pimpinan, raja dan negara tiada tolok bandingannya. Kami Pejuang Pejuang Sang Saka Biru akan tetap berkhidmat untuk masyarakat dan negara, biarpun semasa susah, biarpun semasa aman.

SAC FADZIL AHMAT
KJSJ Selangor
27/4/19