Penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago, menfailkan saman pemula terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen yang dibuat Perdana Menteri kelmarin.
Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, bertujuan menghalang SPR daripada menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU).
Berdasarkan salinan saman pemula yang difail dan dilihat BH, Charles menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A).
Perkara 55(2) membabitkan Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.
Menurut pengamal undang-undang pembubaran ini berlaku antaranya berpunca selepas 12 menteri daripada Perikatan Nasional (PN) telah menghantar surat kepada Seri Paduka Baginda untuk menyatakan pendirian mereka tidak bersetuju sekiranya pilihan raya umum diadakan tahun ini.
Ditambah pula dengan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan musuh utama gabungan itu adalah BN.
Tindakan itu katanya, telah mengundang bibit perpecahan sedangkan PN turut menganggotai kerajaan.
Selaras dengan kuasa-kuasa baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong seperti mana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi pembubaran Parlimen ke-14.
Jadi tindakan saman oleh pemimpin DAP itu samalah seperti mereka saman YDP Agong kerana pembubaran berkenaan sudah pun mendapat perkenan tuanku.