BERSIH 4.0: Polis tidak akan guna senjata renjat – Noor Rashid

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan senjata renjat semasa Perhimpunan BERSIH 4.0 yang dijadual berlangsung hujung minggu ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Jelasnya, penggunaan senjata renjat seperti yang dimaklumkan semalam adalah untuk perancangan PDRM pada masa hadapan.

“Bukan untuk ini (BERSIH),  sebab senjata renjat itu melumpuhkan sementara siapa yang ditembak.

“Ia terbukti melalui kajian saintifik dan praktikal dapat melemahkan sesiapa juga perusuh atau penjenayah.

“Di masa hadapan, kita akan lebih banyak menggunakan senjata jenis ini,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Noor Rashid mengulas dakwaan pengguna senjata renjat yang akan digunakan semasa perhimpunan BERSIH nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.