Bermula 1 September 2022, Pekerja Di Malaysia Bakal Nikmati Jam Kerja Lebih Pendek

Para pekerja di Malaysia dilaporkan bakal nikmati pengurangan tempoh jam kerja sehingga 3 jam bermula September ini.


Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim ketika memberitahu Dewan Negara pada 9 Ogos 2022 memaklumkan, pindaan bagi Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan dikuatkuasakan bermula 1 September ini.

(CLICK GAMBAR)

Timbalan Menteri menyatakan, pindaan itu adalah selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang bertujuan menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja kepada para pekerja.

Pada masa yang sama juga di Dewan negara, Timbalan Menteri memaklumkan tiada cadangan untuk menetapkan 4 hari bekerja di peringkat kementerian.

Sumber: Bernama


(Visited 266 times, 1 visits today)