Bekas Komando VAT 69 PDRM: Mereka Lebih Kejam Dari Komunis

“Mereka mengaku orang Islam dan kita layan mereka dengan baik, termasuk memberi makanan ketika tempoh perundingan selama dua minggu, Februari lalu.

“Jadi apabila mereka bunuh anggota keselamatan kita dengan kejam termasuk memenggal kepala dan mencungkil mata, bagi saya mereka memang tiada peri kemanusiaan, malah lebih kejam daripada komunis.”

HALIM (kiri) bekas komando VAT 69 yang terbabit Ops Rambo di Sandakan
HALIM (kiri) bekas komando VAT 69 yang terbabit Ops Rambo di Sandakan. – See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Lebihkejamdaripadakomunis/Article/#sthash.SkDJKiRm.dpuf


p/s : Memang pun, sesama Islam tapi langsung tiada hati perut!

Itu kenyataan bekas Komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (B) Salehuddin Omar, 62, mengenai pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, yang setakat ini membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan.

Sungguh menyedihkan apabila mayat sebahagian daripada mereka ditemui dalam keadaan tidak sempurna kerana kepala dipenggal, mata dicungkil, selain banyak kesan tetakan di seluruh tubuh.

Salehuddin yang beberapa kali bertempur dengan komunis sepanjang berkhidmat lebih 38 tahun sebelum bersara pada 2007 berkata, dalam peperangan, anggota yang berjuang memang terpaksa membunuh musuh.
-Metro- Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16

Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

Leave a Reply

Your email address will not be published.