Bekalan Ayam Berlebihan, Harga Di Pasar Mula Turun, penternak desak tarik balik sekatan eksport ayam

PETALING JAYA: Sekatan eksport ayam perlu ditarik balik secara berperingkat susulan situasi lambakan ternakan itu ketika ini, sekali gus menjejaskan penternak.

Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn Bhd, Mazlina Kamarudin, mencadangkan kerajaan membuka 50% eksport ayam bagi menstabilkan bekalan ayam berlebihan yang sedang berlaku.

Katanya, tindakan larangan eksport itu dilihat memberi tekanan terhadap pemain industri kecil dan sederhana, memaksa mereka bersaing sesama sendiri


“Ayam dalam negara masa ini mengalami lambakan. Sepatutnya, jika alami lambakan ini, kerajaan perlu buat keputusan segera iaitu hentikan import ayam. Negara alami lambakan ayam, dan kita bawa masuk lagi. Ini menyebabkan kerugian semua pihak,” katanya.

Berkuatkuasa 1 Jun lalu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melaksanakan sekatan eksport ayam melibatkan bekalan ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan.

Langkah itu merupakan sebahagian intervensi untuk mengukuhkan sekuriti bekalan makanan negara bertujuan menyumbang kestabilan harga makanan.

(CLICK GAMBAR)

Dalam pada itu, Mazlina berkata, kerajaan perlu membeli bekalan ayam daripada penternak tempatan sebagai stok penimbal.

“Mengenai sekatan eksport, ia sebenarnya sedikit mengganggu bekalan ayam di Malaysia. Kerana itulah terjadi limpahan ayam seperti yang berlaku di Johor yang akhirnya menyebabkan limpahan bekalan ke bahagian tengah dan ke utara.

“Keadaan ini menyebabkan penternak ayam di Kuala Lumpur terpaksa bersaing dan mereka terpaksa jual ayam pada harga yg rendah sebab mereka dah tiada jalan lain,” katanya.

Mazlina berkata, penternak sendiri tidak mengurangkan kemasukan ayam, malah menyahut saranan kerajaan untuk memastikan bekalan ayam cukup.

“Namun, kerana tiada pasaran menjadikan mereka panik sehingga mereka menawarkan harga rendah dan akhirnya harga ayam menjadi rendah seperti sekarang,” katanya.


(Visited 1,396 times, 1 visits today)