KARTEL AYAM SABOTAJ RAKYAT
Sebelum ini, walaupun kerajaan membelanjakan sebanyak hampir RM720 juta untuk subsidi kepada penternak ayam, namun harga ayam dipasaran masih meningkat walaupun telah ditetapkan harga siling sebanyak RM8.90 sekilo.
Hal ini berlaku kerana terdapat sabotaj dikalangan penternak ayam kepada rakyat.
Siapa kartel ayam ini? Mereka adalah PENTERNAK yang ENGGAN mengambil SUBSIDI KERAJAAN kerana mahu mengaut keuntungan yang lebih dengan peningkatan harga ayam di pasaran.
Oleh hal demikian, baru-baru ini, Perdana Menteri memihak kepada rakyat dengan memberi subsidi secara terus kepada rakyat dalam bentuk pemberian bantuan tunai tambahan melalui Fasa 2 BKM.
Kerajaan sanggup membelanjakan sebanyak RM4.3 bilion pada Fasa 2 BKM kali ini semata-mata untuk memastikan subsidi tersebut dapat digunakan sepenuhnya oleh rakyat.
Disebabkan kartel-kartel ini jugalah, stok-stok ayam disembunyikan sehingga, tiada bekalan ayam mentah di pasaran. Namun tindakan cepat kerajaan, kerajaan menyekat eksport ayam dan membatalkan AP makanan.
– Penulis Bebas –