BANTUAN KEPADA PESARA ATM DIPOTONG SEBAB NAK BAYAR ARTIS KPOP KE?

Itu antara persoalan yang dibangkitkan Netizen selepas membaca berita yang Pesara ATM kecewa kerajaan PH kurangkan bantuan RM1,200 jadi RM500 seperti dilapor oleh Portal Free Malaysia Today hari ini.

Terdahulu Sinar Harian pada 27 April 2019 melaporkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 bertujuan mengubah trend agar Malaysia menjadi pilihan destinasi konsert antarabangsa.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Malaysia sebelum ini berada di belakang dalam perkara ini berbanding negara jiran sehingga merugikan kita.



Katanya, sekiranya Malaysia menjadi destinasi pilihan ia sekali gus dapat memberi impak ekonomi kepada rakyat Malaysia.

Keputusan kerajaan mahu membawa masuk Artis Popular daripada Korea Selatan itu juga mendapat kritikan hebat dikalangan artis-artis tempatan, antara yang lantang membantah adalah penyanyi Rock Awie yang menyifatkan ia satu pembaziran.

“Saya bercakap perkara ini demi rakyat, bangsa dan budaya kita. Apa faedahnya RM4.2 juta dihabiskan bawa Kpop masuk ke sini? Sekarang tak kira rambut hijau, kuning, merah semua ada. Budaya apa sebenarnya nak dibawa masuk?” kata Awie

Kritikan sama turut datang daripada pendakwah terkenal PU Syed apabila menggelar kumpulan artis Korea itu sebagai Syaitan yang mahu menyesatkan umat Islam di Malaysia kerana mereka dikaitkan dengan golongan seks sejenis atau Gay.


Akibatnya Pendakwah itu menerima kecaman teruk di ruang comment Instagramnya dan ia tidak disenangi peminat Kpop, yang terus menyerang akaun media sosial pendakwah itu. Rata-rata ramai kecewa dengan ‘dakwah’ kasar yang digunakan PU Syed terhadap kumpulan itu.




Sumber Printscreen – rotikaya.com



(Visited 108 times, 1 visits today)