Azmin Perlu Berundur Jika Bukti Tidak Memihak Kepadanya – Setiausaha Politik Anwar

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu berhenti jika bukti yang terkumpul tidak memihak kepadanya, kata setiausaha Politik kepada Presiden PKR , Farhash Wafa hari ini.

Beliau yang merujuk kepada video aksi semburit itu berkata “Kegagalan ini menjadi sarkas, dan mereka melibatkan semua orang, termasuk saya,” kata Farhash seperti yang dilaporkan portal The Sun hari ini.



“Sudah tiba masanya mereka yang bertanggungjawab dan meletakkan perkara itu untuk berehat, jadi kami boleh beralih kepada isu yang lebih mendesak.” tambahnya lagi.

Video berkenaan menjadi semakin hangat apabila Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui beliau adalah individu di dalam video berkenaan di mana aksi berkenaan dirakam tanpa pengetahuannya.

Farhash juga menafikan bahawa dia telah bersembunyi. “Saya ada. Saya tidak pernah hilang dan sentiasa berada di negara ini. Hanya saja saya tidak aktif di media sosial, jadi orang tidak tahu di mana saya berada, “katanya.

“Saya telah dibanjiri dengan panggilan dan mesej. Tiada apa yang boleh saya katakan sekarang. Lebih baik kita biarkan polis melakukan tugas mereka. “



Nama Farhash menjadi sebutan apabila sepekulasi dirinya bersama Ketua Pemuda PKR Santubong, haziq Abdullah Abdul Aziz selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.

Farhash yang juga Ketua AMK Perak didakwa tidak dapat dihubungi semenjak video berkenaan disebarkan.

Kehilangan Farhash semakin menjadi tanda tanya apabila beliau tidak hadir pada majlis hari raya Aidilfitri PKR Perak di Kuala Kangsar baru-baru ini.

Malah terdapat ciapan dalam kumpulan Whatsapp PKR bahawa Farhash dikatakan telah meloloskan diri ke Manila dan berada bersama Haziq ketika ditahan di KLIA2.



Dalam pada itu Mesyuarat tergempar bagi membincangkan keadaan terkini skandal seks sejenis yang dikaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan diadakan malam ini di Rumah Pemuda,di Shah Alam.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan Muhammad Hilman Idham iaitu Setiausaha Politik kepada Mohamed Azmin dan ia dilihat ada kaitan dengan perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa serta identiti dalang yang kian terdedah.

Dalam satu kenyataan yang disebarkan melalui WhatsApp, dengan disertakan sekali arahan ‘segera’ semua kepimpinan parti dijemput untuk hadir.

Kredit – randausarawak.net