Azmin beri keterangan esok atau lusa

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan beliau akan memberi keterangan kepada polis bersabit dakwaan video intim yang mengaitkan dirinya dengan seorang ahli PKR, Haziq Abdullah Abdul Aziz, esok ataupun lusa.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau akan memberi kerjasama penuh dan polis sudah menghubungi pegawainya untuk menetapkan masa bagi membolehkan beliau memberi keterangan.

“Pejabat saya sudah dihubungi polis untuk memberi keterangan. Saya agak sibuk hari ini, akan ke Pulau Pinang petang ini. Esok saya agak lapang atau bila-bila masa jika pihak berkuasa sedia,” katanya di Majlis Silaturahim Aidil Fitri Dewan Undangan Negeri Gombak Setia di sini hari ini.

– SINAR HARIAN –