ASET TABUNG HAJI DIJUAL BAWAH HARGA PASARAN, SIAPA UNTUNG? – ZAHIDA

Hasil kajian dan pendedahan Maybank IB Research seperti dilapor Berita Harian menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pengurusan aset-aset Tabung Haji ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan dan Mujahid selaku Menteri Agama.

Bahagian penyelidikan ekuiti bank pelaburan itu berkata, nilai pasaran ladang seluas 2,307 hektar itu adalah RM77.6 juta, lebih tinggi berbanding anggaran jualan pada harga enterpris (EV) RM72 juta.

Penjualan itu juga dilakukan secara tergesa-gesa hingga dijual pada nilai rendah daripada harga pasaran.


Zahida Zarik Khan dalam satu kenyataannya menyifatkan tindakan dua Menteri Pakatan Harapan itu sebagai rakus ketika berkuasa.

Kenapa aset-aset TH dijual dibawah harga pasaran? Siapa yang untung dalam urusniaga ini? Kenapa ia dilakukan secara tergesa-gesa? Soal Zahida

Perkara ini amat serius kerana rakyat menanggung kerugian yang besar, sudahlah rakus menjual aset-aset orang Islam Bumiputera, dijual pula macam ‘pasar borong’ kata Zahida lagi

Ketua Puteri UMNO Malaysia itu mendesak agar pihak berkuasa siasat apa yang sudah berlaku pada Tabung Haji, jika didapati bersalah segerakan pendakawaan terhadap mereka yang curang dan tidak amanah pada kepentingan rakyat.

– Isu Viral Dot Net –



(Visited 102 times, 1 visits today)