“Apa nak jadi ni!” – Raja Permaisuri Agong terkejut kontroversi ekspo tatu

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak ketinggalan terkejut dengan laporan peragaan separuh bogel sempena Tattoo Malaysia Expo 2019.

Dalam entri di akaun Twitter, baginda memuat naik kenyataan mempersoalkan tindakan penganjuran acara demikian.

Allah akbar… apa nak jadi ni!” titah baginda dalam entri yang dimuat naik sekitar dua jam lalu.



Entri Tunku Azizah mendapat perhatian pengikut baginda termasuk 159 orang yang menurunkan komen sementara¬† 6,000 pengikut mengulang kicau manakala 6,000 pengikut lain menurunkan tanda ‘like’.

Teguran baginda itu merujuk pada acara Tattoo Malaysia Expo 2019 yang mencetus kontroversi kerana mempamerkan peragaan model tanpa seurat benang.

Media tempatan melaporkan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohammaddin Ketapi sudah mengarahkan tindakan sewajarnya diambil ke atas penganjur

Menurut Mohammaddin, acara berkenaan telah melanggar tatasusila masyarakat sekali gus tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia.

“Adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.

“Kami akan menanti laporan penuh siasatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan,” kata Mohamaddin.

Tattoo Malaysia Expo 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 November hingga 1 Disember lalu menghimpunkan peserta dari 35 negara.

– Astro Awani –