ANGGOTA POLIS PARAH TERGELINCIR DARI TINGKAT 3

ANGGOTA bomba mengusung mangsa yang parah selepas tergelincir dari tingkat tiga Kompleks Kediaman Polis di sini. – Foto Ihsan Pembaca

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/98036

ANGGOTA bomba mengusung mangsa yang parah selepas tergelincir dari tingkat tiga Kompleks Kediaman Polis di sini. – Foto Ihsan Pembaca

GEORGETOWN: Seorang polis berpangkat Lans Koperal parah selepas tergelincir dari tingkat tiga Kompleks Kediaman Polis di Jalan Lone Pine, Paya Terubong, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, mangsa, Mohd Azrell Zainal Abidin, terjatuh akibat tergelincir ketika cuba memasuki rumahnya.

Sumber berkata, mangsa cuba memanjat bahagian koridor rumahnya untuk mengambil kunci yang tertinggal di dalam kediamannya.

Bagaimanapun, katanya, mangsa gagal mengimbangkan badannya dan tergelincir ketika berbuat demikian.
“Mangsa memanjat bahagian koridor rumahnya untuk mengambil kunci yang tertinggal kunci di dalam rumahnya, selain isterinya sedang berkursus di Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, mengesahkan kejadian terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.