Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 93

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 94

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 104

Anggota Geng Zul ditahan, kes samun selesai

ALOR SETAR: Kumpulan samun yang dikenali sebagai ‘Geng Zul’ yang didalangi seorang individu berusia 24 tahun lumpuh apabila sembilan anggotanya diberkas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan, berkata mereka yang berusia antara 18 hingga 34 tahun ditahan dalam ‘Ops Lejang’ bermula 30 Julai hingga 4 Ogos lepas.

“Dengan penahanan mereka, pihak polis telah menyelesaikan 12 kes jenayah membabitkan pecah rumah, curi kenderaan dan samun jalanan di sekitar Kota Setar dan Jitra,” katanya.

Beliau berkata, lima suspek termasuk ketua kumpulannya ditahan pada 30 Julai di Taman Wira Mergong sebelum menahan empat lagi suspek di sekitar sini dalam tempoh empat hari kemudian.

Adzaman berkata, pihak polis menemui semula tiga kereta dan dua motosikal yang dilapor dicuri sebelum ini dan digunakan untuk menyamun. – BERNAMA

(Visited 59 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *