Oleh: Editor Isu Viral Dot Net
Tak pernah kita bayangkan situasi macam ni masih boleh berlaku dalam masyarakat di zaman moden seperi sekarang.
Tergamak seorang ibu mengurung dan membiarkan anak kandungnya kelaparan hanya kerana mahu ‘berpacaran’ bersama teman lelakinya..
“MAK cik saya lapaq, ibu tak dak di rumah,” itu tangisan dan rayuan kanak-kanak perempuan yang dikurung bersendirian oleh ibunya selama lima hari di rumahnya di Taman Hijrah, Kangar, sejak Rabu lalu. Seperti laporan Harian Metro.
Syukur masih ada jiran yang prihatin dan segera pergi membantu dan memberi makanan kepada anak malang berkenaan.
“Kami tidak tahu bila ibunya akan pulang, jadi kami menghantar makanan kepadanya jika terdengar rayuan dari rumahnya.
“Ibu kanak-kanak itu memang tidak bergaul dengan masyarakat setempat,” katanya salah seorang jiran yang membantu.
Harian Metro hari ini melaporkan polis menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, malam tadi, dipercayai dikurung ibunya sejak Rabu lalu di rumah di Taman Hijrah, di sini.
Susulan itu, polis menahan wanita berusia 31 tahun dipercayai ibu kanak-kanak terbabit di rumah berkenaan bagi membantu siasatan, pagi tadi.