RAMAI yang minta abam cerita lebih lanjut mengenai wawancara bersama bekas pakar CSI Bukit Aman, Tuan Amidon Anan yang dirakamkan semalam. Sabar, tunggu je hari Jumaat ini jam 3 petang, layari portal MalaysiaGazette.com di mana kami akan siarkan semuanya tanpa ada sensor kat mana-mana.
Cuma abam nak sentuh betapa kita selalu ‘tertinggal’ dalam meletakkan orang-orang hebat seperti Amidon di tempat yang sepatutnya.
Lebih 30 tahun Amidon mengabdikan dirinya dalam menyiasat kes-kes pembunuhan kejam, rogol, rompak, culik sampai ramai penjenayah tegar berjaya disumbatkan ke dalam penjara malah ada yang digantung sampai mati, namun bila dah pencen, jasa-jasanya ibarat hilang begitu saja.
Orang macam inilah yang patut kita angkat jasanya, dikurniakan gelaran seperti Datuk dan sebagainya, namun sayang ia tidak berlaku di tanah bertuah ini.
Menghabiskan masa berjam-jam di tempat pembunuhan, dipanggil dan diasak bertubi-tubi oleh peguam dalam mahkamah, dihujani dengan pelbagai kes jenayah berat dalam sehari, namun tak sedikit pun Amidon dan anak-anak buahnya merungut dalam menjalankan tugas yang dibebankan atas bahu mereka.
Punyalah lama dalam bidang CSI ni, sebagai contoh kes rogol, bila tengok bulu kemaluan pun Amidon dah tahu sama ada ia bulu kemaluan lelaki atau wanita!
Itu belum masuk bab beliau bercakap dengan mayat lagi.
” Saya tidak pernah membezakan agama, bangsa dan keturunan bila mengendalikan mayat, bagi saya apapun latarbelakang si mati, saya akan tetap menghormatinya dan akan memberikan siasatan terbaik berdasarkan bukti-bukti yang kami peroleh di tempat kejadian.
” Walaupun saya dah pencen, namun semua pengalaman itu tetap saya curahkan pada pelajar-pelajar universiti, agensi-agensi yang memerlukan khidmat nasihat saya.
” Iktiraf atau tidak, dihargai atau tidak, saya tidak pernah memikirkannya,” kata Amidon yang turut terlibat dalam siasatan kes pembunuhan Allahyarham Suzaily Mokhtar, mendiang Canny Ong, Altantuya Shariibu, adik Nurin Jazlin dan ramai lagi.
NAK TAHU CERITA LEBIH LANJUT? TUNGGUUUUU…..
Syahril A. Kadir
Shah Alam, Selangor.