AHLI PARLIMEN KUANTAN KANTOI SEBAR VIDEO LAMA DAN BERITA PALSU

Hari ini ‘viral’ satu video di Facebook dan WhatsApp menunjukkan orang ramai berpusu-pusu di sempadan Singapura Malaysia.

Video berkenaan turut dikongsi oleh YB Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan di laman Facebook nya lebih kurang pukul 1:00 pagi hari ini.

Link (video sudah dipadam) – https://www.facebook.com/149208308580838/posts/1406955692806087/



Selepas mendapat kecaman teruk daripada netizen akhirnya video itu dipadam kira-kira 1 jam kemudian.

Hasil semakan mendapati video berkenaan adalah rakaman amatur aksi latihan kebakaran di Pusat Pemeriksaan BSI pada 18 Disember 2019 antara 10:00 malam hingga 12:00 tengah malam.

Para pengguna media sosial dinasihatkan agar sentiasa semak konten yang diterima sebelum sebar.

Tindakan sebar berita palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Sek 505(b) kanun keseksaan yang boleh dihukum penjara 2 tahun dan denda.

Atau sek 233 Akta Multimedia dan Komunikasi yang boleh dihukum penjara 1 tahun atau denda RM50,000 jika sabit kesalahan.



(Visited 294 times, 1 visits today)