Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong meninggal dunia

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan meninggal dunia pada jam 11.50 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu, Sabah.

Bekas Menteri Undang-Udang itu dilaporkan koma beru-baru ini akibat jangkitan paru-paru.

Vui Keong dilaporkan mula tidak sihat di akhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau merupakan pengarah jentera pilihan raya Warisan Plus dan Pengerusi Tetap Warisan.

– Malaysia Gazette –