Agong belum peroleh keyakinan sokongan majoriti bakal PM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong masih belum memperoleh keyakinan seorang Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu, menurut kenyataan Istana Negara sebentar tadi.



Berikutan itu, Istana Negara akan berhubung dengan ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Parlimen sebagai bakal Perdana Menteri.

– BERITA HARIAN –