KUALA LUMPUR – Para pengguna jalan raya di kawasan Putrajaya dikejutkan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya pagi ini.
Difahamkan, Seri Paduka Baginda Tuanku dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Istana Melawati, Putrajaya.
Mangsa kemalangan yang juga dikenali sebagai Jasliza Jamil bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius.
Selepas selesai membantu mangsa, baginda terus menyambung perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet.
Rakaman foto baginda turun dari kenderaan rasmi untuk membantu mangsa itu turut dimuat naik di laman sosial Instagram Istana Negara.
Sementara itu jika diteliti daripada clips video yang berdurasi 1 minit 37 saat itu.
Salah seorang pegawai Polis pengiring Tuanku memberikan sedikit wang kepada mangsa dipercayai wang kertas RM100 yang tidak tahu berapa jumlahnya.
Video pendek yang dimuat naik di laman Facebook Kami Sokong PDRM itu mula viral dan ia mendapat 1800 like, 330 comment, 1100 share dan ditonton lebih daripada 80,000 orang.
Tindakan spontan tuanku itu turut mengundang pujian daripada netizen di ruang comment.
“Daulat tuanku…semoga tuanku serta seluruh kerabat keluarga dikurniakan kesihatan baik dan moga Allah limpahkan kurniaan rahmat kasih sayang dan Allah jua membalas tiap kebaikan yg tuanku beri…daulat tuanku…daulat tuanku…daulat tuanku” kata Zhafri Omar
“Daulat tuanku..inilh YDPA yg paling dihormati dan disanjungi kerana sifat kpribadiannya yg mulia dn baik pekerti..didoakan smoga Tuanku pnjng umur dn slalu istiqamah” – kata Muhamamd Fadzuan
“Daulat Tuanku…alhamdulillah ya allah engkau telah memberi raja yang berjiwa rakyat dan menolong hamba2 mu yang dalam kesusahan…amin ya allah…” – kata Rashidi Ayahdie
“Kemana tumpah nye kuah..sbiji mcm arwah ayahanda sikap beliau..alhamdulillah mudah2an Allah merahmati nye..” kata Osman Jailani
“Ini lah Raja yang berjiwa rakyat, tak sombong dengan rakyat, Menteri pun xde macam ni, ego je.lebih” kata Dzul Mohd Siraj
TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>>