Adib tidak dilanggar, dia dipukul – KPN

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Polis menyangkal dakwaan dibuat Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mengatakan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dilanggar.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, perkara itu juga sudah dijelaskan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohamad Hamdan Wahid semalam.“Maklumat itu tidak benar, kita dah kenal pasti pihak yang buat dakwaan.
“Mangsa memang dipukul, bukan dilanggar dan kita masih buru mereka yang bertanggungjawab atas kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Forum Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC): Ke Arah Perkhidmatan Kepolisan Yang Cemerlang di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.