ADA ‘TANGAN GATAL’ BURUKKAN IMEJ PDRM

Masa kini ada tangan tangan gatal, menceritakan kepincangan Polis. Sehingga Polis dilihat sebagai agensi penguatkuasaan yang tidak releven masakini dan membebankan mesyarakat.

Tidak membantu lagi kejadian Polis digari dengan uniform dan orang ramai kini berani menahan kereta peronda. Suatu keadaan yang tidak terfikir masa lalu.

Melemahkan moral dan image Polis untuk mempastikan agenda mereka tercapai dan dalam keadaan sekarang ia akan menjadi realiti.



Kalau ini terjadi bukan Polis yang menjadi mangsa kerakusan tetapi padahnya mesyarakat akan menanggungnya. Kita berharap ia tidak menjadi realiti.

Pokoknya adakah setiap yang berlaku dalam mesyarakat itu berlaku atas kegagalan Polis. Selami akan keadaan dan kebajikan mereka. Lihat dulu sistem yang ada. Lihat semua sudut barulah menunding jari kearah mereka.

Mengujudkan sistem kawalan Polis dah mencukupi kalau dikaji peranan SPP, JIP, SIAP, Biro Pangaduan Awam, SUHAKAM dan undang undang lain.

Terkilan apa yang berlaku sekarang macam ada yang beranggapan Polis sesuai menjadi ‘Jaga’ sahaja tanpa menilai sumbangan yang telah menjadi negara ini maju daripada semua sudut. Menidakkan sumbangan Polis kearah ini.Tepuk dada tanya selera.

Daripada Facebook – Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Bakri Mohd Zinin (Bekas Timbalan Ketua Polis Negara)