Acryl Sani dilantik pemangku Timbalan Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR – Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.

Pelantikannya bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Mazlan Mansor yang bersara wajib esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pada masa ini pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong mengenai individu yang bakal menggalas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara sebelum mengumumkannya.

– SINAR HARIAN –