90 Peratus Polis Tidak Bercuti Raya 2016

KUALA LUMPUR: Bukit Aman hanya membenarkan 10 peratus anggota dan pegawainya bercuti sempena Aidilfitri tahun ini, manakala selebihnya perlu bertugas seperti biasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata semua anggota polis trafik di seluruh negara pula tidak dibenarkan bercuti raya sehinggalah Ops Selamat Aidilfitri 2016 tamat.

“Ops Selamat sempena Aidilfitri akan bermula dari 28 Jun hingga 13 Julai dan sepanjang tempoh itu, tidak ada sesiapa pun daripada pasukan trafik dibenarkan bercuti sehingga ia selesai.

“Bagi warga PDRM yang lain, hanya 10 peratus dibenarkan bercuti kerana kita perlu ramai anggota di lapangan bagi menjaga keselamatan dan kepentingan harta benda awam kerana pada musim cuti perayaan, ramai yang meninggalkan rumah masing-masing untuk pulang ke kampung,” katanya kepada media, sebentar tadi.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM 2016 di Mess Pegawai Kanan, di sini. Sementara itu, ketika diminta mengulas berita mengenai penculikan empat lagi rakyat Malaysia di perairan Sulu Khamis lalu, Khalid berkata, pihaknya tidak menerima sebarang pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina berhubung perkara itu.

“Ini semua berita angin…sehingga kini pihak berkuasa Filipina tidak dapat beri apa-apa pengesahan. Kita anggap penculikan itu tidak berlaku,” katanya.

Khamis lalu, Portal ABS-CBN News yang memetik Ketua Polis Tawi-Tawi, Jeselito Salido, berkata penculik yang belum dikenal pasti membawa tebusan ke perairan Sitankai, Tawi-Tawi sebelum dibawa ke Sulu. Menurut laporan itu, pihak berkuasa Tentera Mindanao turut mengesahkan maklumat sama.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/166433

2 thoughts on “90 Peratus Polis Tidak Bercuti Raya 2016

  1. POLIS TU TAK BOLEH KA TEMBAH KAT KAKI UNTUK BAGI AMARAN. KAT BAHU SASPEK PUN BUKAN BELEH BERGERAK… YANG SAMPAI TEMBAK KAT TEMPAT2 PENTING TUBUH BADAN???
    YA MEMANG TAKDIR اَللّهُ PANGGIL NYAWANYA, LOGIK KA POLIS BERTINDAK MACAM TU, GILA POLIS SEKARANG INI, JAWABLAH DENGAN اَللّهُ DI AKHIRAT NANTI….
    اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ، نعوذ بالله من ذلك…

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1276891095668199&id=100000419619198

  2. POLIS TU TAK BOLEH KA TEMBAH KAT KAKI UNTUK BAGI AMARAN. KAT BAHU SASPEK PUN BUKAN BELEH BERGERAK… YANG SAMPAI TEMBAK KAT TEMPAT2 PENTING TUBUH BADAN???
    YA MEMANG TAKDIR اَللّهُ PANGGIL NYAWANYA, LOGIK KA POLIS BERTINDAK MACAM TU, GILA POLIS SEKARANG INI, JAWABLAH DENGAN اَللّهُ DI AKHIRAT NANTI….
    اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ، نعوذ بالله من ذلك…

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1276891095668199&id=100000419619198

Leave a Reply

Your email address will not be published.