3 lelaki ditahan serang polis dengan cangkul

KULAI 31 Jan. – Polis menahan tiga lelaki berusia 25 hingga 57 tahun kerana menyerang anggota polis dengan menggunakan cangkul di Pondok Polis Taib Andak, di sini petang semalam. 
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, seorang suspek bertindak memecahkan cermin kenderaan milik anggota polis bertugas. 

“Polis kemudian melepaskan tiga das tembakan untuk mempertahankan diri daripada serangan suspek. Ketiga-tiga mereka kemudian berjaya ditahan. 
“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana marah anggota polis melaporkan kegiatan jenayah mereka di kawasan kampung,” katanya. 
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.