3 Jenis Cukai Baru Bakal Diperkenalkan Kerajaan Bermula Julai 2019

Selepas PH mengambil alih pemerintahan negara setahun yang lepas, rakyat terutamanya syarikat-syarikat perniagaan telah merasai sedikit demi sedikit kesan ekonomi negara yang semakin merundum turun.

Kerajaan Malaysia ketika ini kehilangan berbilion ringgit pendapatan dek kerana penarikan diri pelabur dan juga tindakan tidak bijak dengan membatalkan kutipan GST 6% seperti yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Bulan depan (Julai), kerajaan PH akan mula mengenakan dan mengutip dua cukai baharu.



1. Cukai Coke
Cukai minimum bergula (ataupun coke tax) termasuk jus buah-buahan yang mengandungi gula pada kadar 40sen seliter akan dikenakan.

Cukai ini akan dikenakan ke atas pengilang. Oleh itu, pengguna tidak akan lihat cukai ini di dalam resit mereka.

Pengguna akan hanya perhatikan bahawa harga minuman telah meningkat. Tak apa, lagi pun Tony Pua dah kata orang miskin tak perlu minum coke.

Cukai minuman bergula ditangguhkan kepada 1 Julai, rujuk sini.



2. Levi Pelepasan Luar Negara

Levi pelepasan ke atas sesiapa yang mahu keluar negara akan dikenakan RM20 jika menuju ke negara Asean dan RM40 jika ke negara lain bermula 1hb Julai.

Levi pelepasan keluar negara dicadang kuat kuasa Julai, rujuk sini.



3. Subsidi Minyak Bersasar

PM ke-7 juga mengesahkan bahawa subsidi petrol dan diesel bersasar akan bermula bulan Julai.

Ini bermakna, harga minyak untuk kebanyakan pengguna akan naik. Kerana hanya golongan sasaran yang bakal dipecahkan oleh kerajaan, akan menerima subsidi petrol.

So untuk golongan yang tak bersasar ni, kena bayar harga petrol tanpa subsidi. Kalau menurut Menteri, golongan bersasar tu adalah penerima-penerima BSH tapi mekanisme yang bakal digunapakai tu masih samar-samar dan tiada langsung penjelasan atau taklimat mengenainya kepada rakyat.



Targeted fuel subsidies will roll out in July, details still being finalised, rujuk sini.

Oleh itu, secara rasminya kos sara hidup akan melonjak naik lagi bulan depan dan paling penting, suara rakyat tidak akan didengari lagi.



Sumber – https://riziqin.blogspot.com/2019/06/3-jenis-cukai-baru-bakal-diperkenalkan.html?m=1