3 ANGGOTA POLIS CEDERA KEJAR SASPEK

Chukai: Tiga anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka merempuh tiang elektrik ketika mengejar kenderaan suspek dadah di Jalan Kampung Darat Kolam, Kerteh, 1.20 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, anggota polis dari Balai Polis Kerteh yang membuat rondaan mengesan kereta dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Ketika mengejarnya, kereta suspek menghimpit kenderaan polis hingga menyebabkan ia gagal dikawal sebelum merempuh tiang elektrik.

Kereta suspek juga turut terbabas dan merempuh pagar kediaman orang awam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintendan Normansah Din berkata, tiga anggota polis itu cedera di kaki dan sakit badan serta menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kemaman.

Menurutnya, seorang suspek berusia 45 tahun ditahan dan seorang lagi meloloskan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.