Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 93

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 94

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 104

21 ahli kongsi gelap Geng 04 didakwa. Syabas PDRM !

21 ahli kongsi gelap Geng 04 India didakwa

GEORGE TOWN: Seramai 21 ahli kongsi gelap  Geng 04 India termasuk seorang remaja berusia 17 tahun  didakwa di Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 17 hingga 57 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah.

Sementara seorang lagi didakwa di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana sedang menerima rawatan.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan daripada mereka.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa telah menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 04 India antara 1 Januari 2015 hingga 29 Julai 2017.

Mereka didakwa mengikut Sub Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala hanya 12 tertuduh diwakili peguam.

Norsalha kemudiannya menetapkan  tarikh 14 September depan sebagai sebutan semula kes.
Kesemua  tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin. 

(Visited 212 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *