1,368 PATI Pasar Borong KL akan diusir

KUALA LUMPUR – Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang yang selama ini menjadi kubu kebal pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk etnik Rohingya, sejak lama menuju ke penghujung.

Ia bermua dengan penempatan mereka di sekita pasar borong itu diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam.

Hasil serbuan, JIM menahan 1,368 PATI, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud.

imigresen-pasar-borong3

Katanya, operasi yang bermula jam 6.30 pagi semalam disertai 1,136 pegawai yang terdiri dari pelbagai agensi daripada JIM, Polis DiRaya Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan (RELA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (MKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).



“Operasi ini meliputi seluruh zon dalam kawasan Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan 6 (PKPD 6).

CLICK GAMBAR UNTUK WHATSAPP!

“Kawasan ini menjadi tumpuan lambakan warga asing yang majoritinya bekerja di kawasan pasar borong.

“Seramai 7,551 orang warga asing telah diperiksa dan hasilnya seramai 1,368 orang PATI telah ditahan dan dibawa untuk proses dokumentasi di Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta,” katanya dalam kenyataan hari ini

Tambah beliau, kesemua yang ditahan terdiri daripada warganegara Indonesia 421 orang, India (54 orang), Pakistan (6), Myanmar (790), Bangladesh (78) dan selebihnya lain-lain warganegara.

Menurut Khaairul, jumlah tahanan berkenaan terdiri daripada 1,009 orang lelaki, 261 orang wanita dan 98 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan.



“Semua warga asing yang diperiksa dan PATI yang ditahan telah disahkan negatif Covid-19 oleh kementerian Kesihatan dan antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, memiliki dokumen (pas/permit) palsu dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

“Kesemua mereka akan disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua PATI tidak berdokumen itu akan diusir ke negara asal mereka setelah menjalani hukuman dan akan disenaraihitam daripada memasuki Malaysia selama-lamanya,” katanya.-MalaysiaGazette



(Visited 138 times, 1 visits today)