11 pegawai kanan polis bertukar jawatan

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah Siasatan/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Datuk Mohd Zakaria Ahmad dan Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Datuk Salehhudin Abd Rahman merupakan antara 11 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam pertukaran jawatan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, dalam satu kenyataan hari ini berkata semua pertukaran itu berkuatkuasa 1 Nov ini.

Mendahului senarai adalah Mohd Zakaria yang bertukar jawatan sebagai Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis(CP) manakala Salehhudin menggantikan Mohd Zakaria dengan memangku pangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP).

Ketua Penolong Pengarah(Risikan/Operasi) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman SAC Sukardi Tulos akan bertukar jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Koodinasi Sumber Sokongan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

Turut bertukar, Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa(JPJKK), Bukit Aman SAC Samsudin Basir akan bertukar menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) Bahagian Pematuhan  Standard JIPS menggantikan Sukardi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Perak SAC T. Selven akan menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa, JPJKK Bukit Aman yang baharu, menggantikan Samsudin.

Ketua Penolong Pengarah Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Skuad Taktikal Khas 1, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman SAC Mohamad Laham pula akan menggantikan T. Selven sebagai Ketua JPJKK Perak yang baharu.

Ketua JPJKK Melaka ACP Zulkifli Che Wail akan bertukar menggantikan Mohamad sebagai Ketua Penolong Pengarah STAFOC Skuad Taktikal Khas 1, JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Johor Supt Beh Eng Lai pula akan memegang jawatan Zulkifli sebelum ini dengan memangku pangkat ACP.

ACP Kawalan D1, JSJ Bukit Aman, ACP Dennis Lim Kwang Keng akan menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah Kepolisan Kawalan Dalaman D1, JSJ Bukit Aman.

Turut terlibat dalam pertukaran ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Selangor Supt Nor Omar Sappi yang akan bertukar jawatan sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam(KDNKA), Selangor.

Turut bertukar ialah Pegawai Turus Ketenteraman Awam (KDNKA) Sarawak DSP Poge  Nyaon akan menjadi Ketua Polis Daerah Bau, Sarawak yang baharu. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.